Search This Blog

Tuesday, August 10, 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Setiap kali minggu peperiksaan hampir tiba,pasti pelajar akan berasa gentar untuk menghadapinya.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini,jadi disini saya akan membincangkan tentang cara-cara untuk mengurangkan tekanan ketika hampir mengahadapi minggu peperiksaan.

Pertama,bersedia dengan awal.Ini mesti dilakukan beberapa minggu lebih awal sebelum minggu peperiksaan.Bukannya seminggu sebelum peperiksaan.Dengan bersedia awal,individu akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri serta kurang mengalami tekanan berbanding individu yang bersedia beberapa hari sebelum tiba hari peperiksaan.

Sebaik-baiknya,ulangkaji dengan nota ringkas yang telah dibuat semasa pembelajaran ataupun ulangkaji sendiri.Ini mempercepatkan lagi ulangkaji serta anda akan lebih faham kerana nota yang dilakukan sendiri lebih mudah difahami berbanding nota yang dipinjam.

Selain itu,antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat latihan.Latihan boleh diambil dari buku yang dibeli,soalan-soalan peperiksaan lepas ataupun yang lebih baik meminta sendiri daripada guru.Selalunya,guru akan memberikan soalan-soalan yang hampir menyamai soalan yang akan ditanya didalam peperiksaan.

Walaubagaimanapun,jika kita tiba-tiba jatuh sakit pada hari peperiksaan,persediaan yang telah dibuat sebelumnya akan menjadi sia-sia.Jadi,kesihatan diri juga perlu diambil berat.Elakkan daripada membuat aktiviti yang boleh membahayakan diri.Jika perlu,ambil vitamin untuk merangsangkan lagi minda.Perkara yang paling penting ialah,elakkan daripada tidur lambat dan lebih.Ini membuatkan otak menjadi lembab dan pelbagai masalah kesihatan boleh terjadi.

No comments:

Post a Comment